Thursday, July 30, 2009

Kerinduan hati Bapa bertemu anak-anakNya melalui COY

Kekeringan spiritualiti dalam jiwa remaja semakin membimbangkan para ibubapa akibat daripada peralihan zaman yang sedang berlaku tanpa kita sedari. Oleh itu, Tim Komisi Belia Keuskupan Keningau tampil untuk menganjurkan sebuah program yang telah lama dinanti-nantikan oleh para remaja di Keuskupan Keningau, Sabah yang merindukan kasih Tuhan dalam kehidupan mereka dengan adanya Program Colours of Youth.

Colours of Youth yang kali ke-2 diadakan di peringkat keuskupan ini adalah sebuah program belia yang amat istimewa. Ini kerana ia memanggil para belia yang berumur 13 hingga 17 tahun untuk berkumpul bersama sebagai sebuah keluarga besar. Tambahan lagi, program ini akan diadakan pada masa cuti sekolah iaitu 23 hingga 27 Ogos 2009. Dianggarkan seramai 500 orang peserta akan berkampung di Gereja St. Peter Bundu, Kuala Penyu yang telah dipilih sebagai tuan rumah tempat program ini diadakan.

Program ini bertemakan ‘Ekaristi teras keluarga berbudaya menyembah Tuhan, membentuk iman dan bertanggungjawab sosial’. Sesuai dengan tema program, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya ialah santapan rohani, survivor, Mars & Venus, C ayah & C ibu dan terdapat juga ‘suprises’ untuk para peserta. Mereka juga diberi peluang dalam mengembangkan bakat dalam diri melalui aktiviti-aktiviti ini.

Diakhir program ini, para peserta diharapkan dapat mempereratkan hubungan dengan Tuhan dan sesama. Selain itu, ia juga membantu peserta untuk mengenali diri sendiri dan bertumbuh sebagai seorang Katolik yang seimbang dalam semua aspek. Justeru, para ibubapa juga diharapkan dapat memberi sokongan dan galakan dengan memberi dorongan dan membenarkan anak-anak mereka untuk menyertai program ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai program Colours of Youth ini bolehlah menghubungi Narius Kubin(019-8208475) dan Wilfred James(016-8345570/087-331153).

P/s: Bagi pengguna Facebook, boleh 'view' di address http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/event.php?eid=124875099992